Kejadian pada Mei 2015, Alhamdulillah syukur , kanak-kanak itu Aiman Kamarolzaman 7 tahun iaitu anak kepada Kamarolzaman Mohamad 50 tahun telah di selamatkan oleh orang awam yang melihatnya sedang meminta sedekah di sekitar pasaraya di Kota Bharu, Kelantan.
Semasa kejadian Aiman dan bapanya pergi sembahyang Isyak di Masjid Muhammadi di Kota Bharu, semasa mahu pulang tiba-tiba mulutnya di tekub, dia telah di tarik dan di bawa lari oleh seseorang berkulit hitam dan di tempatkan di sebuah rumah bersama kanak-kanak lain, mereka di rotan juga tidak di beri makan , pada hari yang berikutnya dia di paksa menjalankan aktiviti meminta sedekah di sekitar pasaraya di bandar itu dan di beri amaran keras oleh orang yang menculiknya agar tidak lari.
ada seorang awam yang pergi ke pasaraya itu melihatnya dalam keadaan sedih dan menangis telah berrtanya kenapa menangis dan dia menceritakan, kemudian orang awam itu membawanya kepada bapannya, pihak polis telah menyiasat atas laporan bapanya pada hari kehilangannya. kejadian itu memberi pengajaran kepada kita agar pastikan kawasan kita sentiasa selamat dari segala anasir yang jahat dan kita mesti peranginya dengan sesungguhnya jika wujud syaitan manusia di sekeliling kawasan kita dengan bersama-sama. terima kasih kepada orang awam yang menyelamatkan anak itu dan di harap penculik itu dapat di tangkap dan di bawa ke muka pengadilan.. Innalillahi wainnailaihirojiuuun

Tiada ulasan:
Catat Ulasan