persidangan ulamak pondok , sekolah agama rakyat dan tahfiz membuat deklarasi bahawa haram bagi umat islam di negara malaysia mengundi pakatan pembangkang pada pilihan raya umum 13 nanti kerana pakatan pembangkang menyokong pluralisme agama yang jelas menyekutukan agama Allah .
persidangan itu mendapati perjuangan parti pkr , pas dan dap bukan sahaja menyalahi nas nas daripada kitab kitab ulama ahlusunnah waljamaah yang muktabar bahkan bertentangan sama sekali dengan islam serta sesat lagi menyesatkan .kenyataan bersama ketiga tiga pemimpin parti pembangkang bahawa kalimah Allah boleh digunakan agama lain adalah perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama islam dan umatnya ."akibat pluralisme , rukun islam pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah lenyap yang menyebabkan murtad kerana umat islam tidak mengesakan Allah serta mengaku agama lain adalah agama Allah dan nabi muhammad bukan lagi utusan Allah , yang bermakna islam bahkan semua agama benar belaka bukan hanya islam . oleh itu adalah haram menyokong pas , pkr , dap kerana mereka sepakat dalam memperjuangkan bahawa nama Allah boleh di gunakan oleh penganut lain yang membawa maksud semua agama adalah agama Allah "
kalimah Allah adalah nama zat tuhan yang telah menurunkan agamanya iaitu islam , maka kalimah Allah hanya untuk umat islam yang mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya dengan yang lain . pas sepatutnya menyeru mereka masuk islam dan menganut agama islam bukan membenarkan nama Allah untuk di gunakan sedangkan secara terangan menyalahgunakan kerana mereka masih tidak meninggalkan kepercayaan mereka yang asal .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan