Khamis, Februari 15, 2018
Selasa, Februari 13, 2018
Khamis, Februari 08, 2018
Pelan lantai
Keluasan 640 kp, 2 bilik 1 bilik air.
keluasan 668 kp, 2 bilik 1 bilik air.
ada perbezaan walaupun kedua duanya mempunyai 2 bilik 1 bilik air,
bagi binaan yg keluasannya 640 kp nampak bilik yg luas tapi ukuran keseluruhan lebih kecil mungkin kerana ruang makan, memasak dan ruang tamu berada di satu tempat tapi bagi binaan yg keluasannya 668 kp nampak bilik satu besar dan satu kecil tapi keluasan keseluruhan lebih besar, mungkin kerana ruang makan dan memasak berasingan dari ruang tamu juga bilik mandi yg berada di tempat berbeza.
kalau di lihat pelan lantai itu, saya lebih menyukai binaan dgn keluasan 668 kp sebabnya ruang yg ada berasingan di antara satu sama lain.
kos pembinaannya sangat tinggi mungkin kerana GST atau tukang rumah tapi jika di bina sendiri kosnya lebih rendah seperti berikut ;
-640 kp upah kontraktor kos Rm83,200.0 tidak termasuk guaman, submit pbt, deposit elektrik/air, lukis pelan dan lain lain. Jika bina dgn seliaan sendiri kosnya Rm48,000.0
-668 kp upah kontraktor kos Rm86,840.0 tidak termasuk guaman, submit pbt, deposit elektrik/air, lukis pelan dan lain lain. Jika bina dgn seliaan sendiri kosnya Rm50,100.0
Begitulah lumrah dunia kos sentiasa meningkat cuma usaha yg tidak berubah.
Jumaat, Januari 26, 2018
Rumah 3|2
kos bina rumah di atas tanah milik sendiri semakin tinggi sehingga memaksa keluasan perlu di kecilkan bagi membolehkan pembinaan dapat di lakukan.
bagi orang kaya keluasan sekecil itu adalah menjadi perkara biasa tapi bagi orang yg susah rumah itu sudah besar dan amat berharga buat diri dan keluarga mereka.
dua jenis pelan rumah dengan keluasan 690 kp dan 1000 kp 3 bilik 2 bilik air.
Rabu, Januari 24, 2018
Jiran bersifat syaitan
Bagi orang susah keluasan 800sf sudah cukup besar buat mereka untuk di jadikan tempat berteduh dan syukur kpd tuhan sebab dapat membina rumah walaupun kecil .
tapi ada jiran yg angkuh mempersenda rumah kecil semoga jiran itu di beri hidayah dan dapat mengenal siapa diri dia dan ke mana akan berakhir , jiran sebelah yg lelaki kelantan yg perempuan pahang tinggal di kelantan kadok kota bharu , mempunyai anak 8 orang mereka kerja guru di sekolah yg berdekatan dgn rumah , jiran yg laki bini kerja guru itu sebenarnya sudah lama bersengketa dgn jirannya hanya kerana mereka membenci sifat jirannya tapi jiran yg di benci tidak ganggu jiran yg berjawatan guru itu , itulah bila syaitan sudah menguasai hati dan fikiran maka sifat normal dan hukum sudah tiada lagi dlm jiwa mereka .
sepatutnya jiran itu tidak ganggu urusan yg di lakukan oleh jirannya sebab apa yg di buat atau sebagainya tidak menyalahi hukum tuhan dan undang undang .
semoga pembinaan rumah dgn keluasan 800sf , 3 bilik tidur 2 bilik air akan menjadi kenyataan walaupun usaha itu di perkecilkan oleh jiran , amin .
jiran itu ialah zulkhairi guru sekolah kebangsaan kor dan isteri guru sekolah kebangsaan pulau condong .
dan saya penduduk kadok adalah jiran yg di ganggu oleh mereka .
Jumaat, Disember 29, 2017
Tulang sendi pecah
Agak lama juga masa yg perlu di ambil bagi memberi kesembuhan kpd tulang sendi yg pecah untuk sembuh, hari ini 29.12.2017 sudah 93 hari dan masih lagi dalam rawatan di hospital namun begitu keadaan semakin baik dan di jangka bulan 2 nanti tidak perlu guna tongkat lagi, untuk melipat kaki hingga ke paha keadaan masih belum baik setakat ini hanya 110° sahaja yg boleh di lakukan dan keadaan otot paha dan betis ada kemajuan ia semakin kuat tapi perlu lagi menjalani latihan fisioterapi untuk menjadi lebih kuat.
kemalangan berlaku pada 29.09.2017
kecerderaan yg di alami pecah tulang sendi betis kanan dan koyak pelapik sendi.
kemalangan berlaku pada 29.09.2017
kecerderaan yg di alami pecah tulang sendi betis kanan dan koyak pelapik sendi.
Langgan:
Catatan (Atom)














