Isnin, Ogos 17, 2015

Trigana Air Service


Pesawat Trigana di laporkan telah terhempas pada 16/08/2015 semasa dalam penerbangan dari Jayapura ke Oksibil di Papua, para penduduk mendakwa pesawat tersebut di lihat terbang rendah dan terhempas di kem 3 daerah ok bape di pergunungan bintang, pada jam 2.55 pm menara kawalan melapor terputus hubungan dengan pesawat tersebut di ruang udara batara di timur papua, pesawat ATR42-300 tersebut membawa 54 penumpang termasuk 5 darinya adalah kru pesawat, ia adalah tragedi yang malang buat mereka dan ucapan takziah kepada waris mangsa... 

Jumaat, Ogos 07, 2015

SAH MH370


Flaperon yang di jumpai terdampar di pantai oleh peduduk pulau Reunion yang terletak di lautan hindi adalah sama dan sepadan dengan flaperon milik MH370 . mengambil masa yang agak lama selama 515 hari barulah para penyiasat dapat mengesahkan bahawa pesawat MAS penerbangan MH370 telah terhempas di lautan hindi pada 08 MAC 2014 , trip asalnya adalah kuala lumpur - beijing

Khamis, Julai 30, 2015

Serpihan MH370





Di kejutkan dgn gambar dan berita mengenai serpihan MH370 yg terdampar di pulau Reunion di Madagascar milik Perancis di Lautan Hindi, jika betul maka sahlah pesawat itu berada dasar lautan yg dalam dan ganas. 

Rabu, Julai 29, 2015

Di gugurkan


Hari selasa 28/07/2015 berlaku satu peristiwa yg mengejutkan apabila Timbalan perdana menteri dan beberapa menteri dan timbalan menteri telah di gugurkan dari jawatan kabinet kerajaan malaysia yg di lakukan oleh perdana menteri , di fahamkan keguguran mereka adalah di sebabkan oleh percakapan mereka dgn secara terbuka mengenai 1MDB yg tidak di senangi oleh perdana menteri dan mereka yg di gugurkan itu tidak melakukan apa-apa perkara yg bertentangan dgn keselamatan negara, tindakan pemecatan itu di lihat oleh rakyat adalah untuk menutup kelemahan atau mungkin ada unsur unsur lain yg berkaitan dgn pm mengenai 1MDB ..     


Selasa, Julai 14, 2015

Tragedi Low Yat

Pergaduhan telah berlaku di antara pembeli dengan penjual smartphone pada 12-13 julai 2015 di plaza low yat dan di kawasan sekitar bukit bintang kuala lumpur kerana ketidak puasan hati pembeli terhadap peniaga gajet di low yat yang di sangka oleh pembeli mereka telah di tipu dengan barangan yang palsu. peniaga gajet seperti smartphone adalah terdiri dari etnik cina malaysia dan mereka telah bersatu untuk berentap dengan sejumlah orang melayu yang menjadi pelanggan, dalam pergaduhan itu di kedua dua puak telah mengalami kecederaan dan pergaduhan itu telah di halang oleh kerajaan, pihak polis telah membuat tangkapan sejumlah lebih dari 19 orang, kalau tak tipu itu bukan cina kerana ikon cina adalah penipu dan orang melayu yang mempunyai sikap suka membeli tapi takut berniaga jadi kalau di lihat dalam kes ini kelebihan itu memihak kepada etnik cina malaysia dan kekuranngan lebih kepada orang Melayu.      

Khamis, Jun 18, 2015


saya baharu pulih dari sakit demam denggi yg bermula pada 30/5/15 dan sembuh pada 9/6/15 .. terpaksa masuk wad 18A HKL pada 3/6/15 dan terus di masukkan air botol melalui saluran darah kerana plate darah rendah PLT 96 (150 - 450) setelah semalam jarum yg di guna di sebelah kiri telah tersumbat maka terpaksa di cucuk jarum yg baru di sebelah kanan , semasa di hospital darah terpaksa di ambil banyak kali untuk siasatan sehingga tiada darah lagi yg keluar bila jarum di suntik keadaan itu sangat merisaukan , saya keluar dari wad pada 5/6/15 .. yg sedihnya bermula 8/6/15 penyakit batuk hadir dan hingga sekarang 1 ramadhan batuk masih ada , tempat kerja yg terbuka dan berhampiran bukit yg banyak hutan belantara , di kawasan tempat kerja juga banyak pokok pokok hiasan dan ada pasu yg di penuhi  air sejatan , nyamuk belang setiap hari berlegar legar dan kadang kala menggigit jika yg menggigit itu nyamuk belang betina maka sudah pasti ada kuman denggi , tidak pernah saya berasa takut sebelum ini tapi selepas terkena demam denggi perasaan takut mula melanda diri kerana khuatir nyamuk betina terbang pergi ke tempat kerja dan mungkin menggigit lagi , pada malam pertama di dalam wad ada seorang pesakit denggi telah mati pada jam 4.00 am dan itu menunjukkan denggi itu sangat bahaya sehingga boleh membawa kpd kehilangan nyawa , ketika di dalam wad saya perlu minum air mineral banyak dan saya juga perlu minum air 100 plus untuk menaikkan semula plate darah merah yg telah turun , selera makan hilang hanya air yg ada selera untuk di minum pada 12/6/15 saya baru mendapat semula selera makan ... selain minum air yg banyak saya juga makan sup ketam nipah dan minum air pucuk betik bagi memulihkkan plate darah merah , selepas pulih perlu makan buah katak puru , berjemur di tengah panas matahari bermula jam 10.00 am hingga 10.10 am , minum air yalkut dan makan buah yg ada vitamin C , saya perlu lakukan kerana untuk memulihkan semula  ... "HAPUS AEDES TIADA DENGGI" tapi yg mushkilnya dari mana denggi itu berasal adakah dari monyet ...! kerana aedes sendiri tiada denggi , nyamuk itu hanya membawa kuman denggi ... saya harap tidak lagi mendapat sakit denggi kerana pengalaman yg lepas sangat  menyeksakan dan takut.. bila berada di hospital dan bila sakit banyak wang yg habis dan kerja tidak dapat di lakukan dengan itu boleh membuatkan seseorang itu seperti menjadi pappaa dan menjadi resah di tambah pula hanya hidup seorang diri tapi saya bernasib baik kerana terkena di musim cuti sekolah dan ada adik dan anak saudara yg datang membantu semasa di hospital dan memberi air..