Rabu, November 09, 2016
Isnin, November 07, 2016
Banagalo
Mahal nya itulah hakikatnya bila kos semakin tinggi apa perkara pun tidak mudah di lakukan tidak seperti dulu, keluasan 9.0m x 12.0m memerlukan Rm150,000.00 bagi mempersiapkan sebuah rumah batu, bagi mereka yg berduit tidak menjadi masalah dan amat mudah untuk memilikinya namun begitu bagi orang yg susah nilai 150 itu amat besar dan tidak ada daya bagi mereka untuk mencarinya..
Sampai bila nak hidup dgn menyewa atau menumpang tapi itulah hakikatnya dan mereka tid
ak ada pilihan lain..
Rabu, Ogos 17, 2016
Selasa, Ogos 09, 2016
Parti Pribumi Bersatu Malaysia - BERSATU .
Tan Sri Muhyiddin bersama pasukannya telah mendaftarkan parti baharu hari ini di Putrajaya , pendaftaran BERSATU telah diterima oleh ROS dengan itu bermulalah Bersatu pada hari ini SELASA 09 Ogos 2016 dengan cemerlang dan di harap seluruh rakyat mahu menjadi ahli kpd parti Bersatu serta menyokong dan mengundi ...
Khamis, Julai 28, 2016
Pasport hilang (Lost Passport)
Mereka adalah Dimitrii Abdulgafarov dan Aleksandra Kolesnikova dari negara Russia, mereka mahasiswa dari Moscow State University tidak dapat pulang ke Russia setelah kehilangan semua barang barang utama di antaranya Passport, wang, Handphone ketika berada di Papua Indonesia, Dimitrii dan Aleksandra kini menumpang teduh di stadium sudirman di Jakarta Pusat, mereka pergi ke Jakarta dari Papua dengan menumpang kenderaan awam.
Sudah ke kedutaan Russia di Jakarta namun tiada keputusan hitam putih, mereka berharap dapat pulang ke Russia dan mengharap agar ada orang dan kerajaan dapat membantu mereka .
Rakyat Russia hilang pasport di Indonesia dan tidak dapat pulang..
Dimitrii Abdugafarov dan Aleksandra Kolesnikova dari Moscow State University iaitu dua orang mahasiswa dari Russia ketika ini menjadi gelandangan di sekitar stadium Sudirman di Jakarta Pusat di Indonesia .
Yang pasti bukanlah hasrat mereka Dimitrii dan Aleksandra hidup seperti itu, tetapi pada masa lalu ketika mereka sedang melakukan pemerhatian di Papua Indonesia semua barang barang penting yang mereka bawa telah hilang.
Musibah itu berlaku ketika mereka lakukan observasi di Papua, mereka kehilangan beberapa barang utama seperti Passport, wang, serta handphone, mereka di temukan oleh seorang warga Indonesia ketika Dimitrii dan Aleksandra berada di stadium sudirman dan memuat naik wall facebook nya atas nama Bombom Hafikar.
Dalam postingnya Bombom Hafikar menyatakan mereka berdua telah melakukan penelitian juga di negara Kazakhstan, China, Vietnam, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Dimitrii dan Aleksandra sudah pergi ke kedutaan Russia di Jakarta tapi tidak ada keputusan lagi, mereka sampai di Jakarta dengan menumpang kenderaan awam dari Papua.
Kini Dimitrii dan Aleksandra mengharapkan dapat pulang ke negara mereka di Russia dan mohon pertolongan dari mereka yang mampu membantu serta kerajaan Indonesia dan kerajaan Russia melalui kedutaan Russia di Jakarta .
Saya sebagai penulis mohon agar sesiapa jua dan kerajaan samada Indonesia dan Russia agar bantu mereka untuk kembali ke negara mereka di Russia.
Sekian.
Selasa, April 12, 2016
Khamis, April 07, 2016
Langgan:
Ulasan (Atom)







