Khamis, Jun 18, 2015


saya baharu pulih dari sakit demam denggi yg bermula pada 30/5/15 dan sembuh pada 9/6/15 .. terpaksa masuk wad 18A HKL pada 3/6/15 dan terus di masukkan air botol melalui saluran darah kerana plate darah rendah PLT 96 (150 - 450) setelah semalam jarum yg di guna di sebelah kiri telah tersumbat maka terpaksa di cucuk jarum yg baru di sebelah kanan , semasa di hospital darah terpaksa di ambil banyak kali untuk siasatan sehingga tiada darah lagi yg keluar bila jarum di suntik keadaan itu sangat merisaukan , saya keluar dari wad pada 5/6/15 .. yg sedihnya bermula 8/6/15 penyakit batuk hadir dan hingga sekarang 1 ramadhan batuk masih ada , tempat kerja yg terbuka dan berhampiran bukit yg banyak hutan belantara , di kawasan tempat kerja juga banyak pokok pokok hiasan dan ada pasu yg di penuhi  air sejatan , nyamuk belang setiap hari berlegar legar dan kadang kala menggigit jika yg menggigit itu nyamuk belang betina maka sudah pasti ada kuman denggi , tidak pernah saya berasa takut sebelum ini tapi selepas terkena demam denggi perasaan takut mula melanda diri kerana khuatir nyamuk betina terbang pergi ke tempat kerja dan mungkin menggigit lagi , pada malam pertama di dalam wad ada seorang pesakit denggi telah mati pada jam 4.00 am dan itu menunjukkan denggi itu sangat bahaya sehingga boleh membawa kpd kehilangan nyawa , ketika di dalam wad saya perlu minum air mineral banyak dan saya juga perlu minum air 100 plus untuk menaikkan semula plate darah merah yg telah turun , selera makan hilang hanya air yg ada selera untuk di minum pada 12/6/15 saya baru mendapat semula selera makan ... selain minum air yg banyak saya juga makan sup ketam nipah dan minum air pucuk betik bagi memulihkkan plate darah merah , selepas pulih perlu makan buah katak puru , berjemur di tengah panas matahari bermula jam 10.00 am hingga 10.10 am , minum air yalkut dan makan buah yg ada vitamin C , saya perlu lakukan kerana untuk memulihkan semula  ... "HAPUS AEDES TIADA DENGGI" tapi yg mushkilnya dari mana denggi itu berasal adakah dari monyet ...! kerana aedes sendiri tiada denggi , nyamuk itu hanya membawa kuman denggi ... saya harap tidak lagi mendapat sakit denggi kerana pengalaman yg lepas sangat  menyeksakan dan takut.. bila berada di hospital dan bila sakit banyak wang yg habis dan kerja tidak dapat di lakukan dengan itu boleh membuatkan seseorang itu seperti menjadi pappaa dan menjadi resah di tambah pula hanya hidup seorang diri tapi saya bernasib baik kerana terkena di musim cuti sekolah dan ada adik dan anak saudara yg datang membantu semasa di hospital dan memberi air..