Ahad, Disember 28, 2014

AIRASIA...
Pesawat AirAsia Indonesia flight QZ8501 dari Surabaya ke Singapura di laporkan hilang dari radar di kawasan perairan Pulau Belitung di Indonesia. pesawat itu berlepas dari surabaya jam 5.20 am dan di jangka mendarat jam 8.30 am di Singapura .. namun pada jam 7.24 am pesawat terputus hubungan. 
Bah Besar bermula Isnin, Disember 15.2014 di Pantai Timur...
BAH BESAR TAHUN 2014, BERMULA 15 DISEMBER (malam), PADA 20 DISEMBER AIR BUKIT DARI BANJARAN TITIWANGSA ATAU AIR HUJAN (hujan ulu) YG ASALNYA... TELAH MULA MEMENUHI SUNGAI DAN MELIMPAH KE DARATAN YG MENYEBABKAN AIR ITU MENEGELAMKAN BANYAK KAMPUNG, LADANG, RUMAH, JALAN RAYA DI NEGERI KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG, SETERUSNYA, HUJAN JUGA MENYEBABKAN JOHOR N.SEMBILAN, KEDAH DAN PERLIS TURUT BAH... RAMALAN KAJI CUACA MENGATAKAN PADA 28 DISEMBER hingga 31 DISEMBER AKAN BERLAKU HUJAN LEBAT LAGI DAN MUNGKIN BERAKHIR JANUARI 2015.... KESELURUHAN MANGSA BAH MELEBIHI 120 RIBU ORANG DAN MERUPAKAN BAH YG TERBURUK DLM MASA 88 TAHUN... (1926 <--> 2014)
ramai mangsa banjir merayu untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman, ubat, selimut, tikar, susu bayi, tuala wanita, pakaian, lilin dan lain-lain.. walau bagaimanapun helikopter, lori, bot dan kapalterbang tidak dapat menghantar bekalan kerana air ada di sekeliling dan mengalir dgn laju. hospital Kuala Krai mengalami kesukaran yg tidak pernah terjadi kerana bekalan elektrik terputus, banyak pesakit berada dlm kesukaran dan doktor melakukan urusan merawat secara manual, hopital kota bharu di masukki air bah dan pesakit terpaksa dipindahkan ke HUSM, banyak mangsa bah terpaksa berlindung di kawasan bukit di ladang getah yg serba kekurangan, tempat perlindungan persendirian seperti rumah sendiri dan tempat perlindungan rasmi kerajaan seperti di sekolah dan dewan orang ramai. ada juga mangsa bah yg mati kerana lemas dan kerosakkan yg berlaku ada di merata-rata, kerajaan pusat memperuntukkan 50 juta kemudiannya di tambah 500 juta lagi untuk setiap negeri yg berlaku bah, kerajan Selangor dan seluruh rakyat Malaysia juga syarikat korporat dan ngo turut bantu.









Khamis, Disember 04, 2014

belum ada wang untuk bina rumah


flat sungai sering,jalan ukay indah, taman ukay indah, hulu kelang, selangor.
sudah masuk bulan Disember 2014, dlm tahun ini ada banyak masalah yg berlaku di flat sungai sering, hulu kelang selangor... pasal penduduk dan peniaga warung ganggu lot lot parking motor untuk berniaga yg menyebabkan aku terpaksa  berpindah dan parking di kawasan lain, pasal unit atas yg masih kosong dan belum didudukki mengalami kebocoran paip air yg mana air paip itu telah menitis masuk ke unit aku di bahagian cucian dan jemuran, air itu masuk melalui syiling level yg pecah semasa pembinaan oleh pemaju dan tidak pernah dibaiki oleh pemaju.
inilah aku pemilik blog palago

Isnin, Disember 01, 2014










penduduk flat sungai sering menggunakan kawasan parking motor untuk membuka warung burok mereka. 




Ahad, Jun 08, 2014

BBLOG: Peserta Ratu Cantik Ukraine Mati Direjam Mengikut ...

BBLOG: Peserta Ratu Cantik Ukraine Mati Direjam Mengikut ...: Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ra...

Isnin, Mei 19, 2014

warung sombong

peniaga seperti ini tidak bertanggungjawab kerana telah ganggu lot lot parking motosikal, mereka meletakkan meja kerusi dan peralatan perniagaan di tempat yg salah, situasi seperti itu berlaku di flat sungai sering ulu klang Selangor di bawah majlis perbandaran ampang jaya (MPAJ). mereka berniaga secara percuma dan tiada siapa yg mahu menghalang mereka dari terus berniaga.. 

Ahad, Mei 18, 2014

makanan

gerai bergerak yg menjual nasi lemak, nasi putih, lauk pauk, sayuran, minumam dan kuih muih.

Sabtu, Mei 17, 2014

warung sombong

deretan warung sombong itu telah ganggu penduduk yg menggunakan motor untuk parking di lot khas untuk motor, peniaga itu telah guna lot parking bagi meletakan kerusi meja dan peralatan perniagaan mereka. sombonng, tamak, degil mungkin itulah yg ada pada peniaga itu dan mereka bukannya miskin mereka ada kereta, motor dan flat.
itulah serba sedikit kisah peniaga warung di flat sungai sering, di ulu klang Selangor.  

Khamis, Mei 15, 2014

parking

semakin sesak dan semakin sukar untuk mendapatkan tempat parking, penduduk flat semakin gemar berniaga dan mereka suka mengambil lot lot parking untuk memulakan perniagaan goreng pisang, kuih muih, nasi dan air untuk minum...
kawasan lain yg selesa dan tidak ganggu lot lot parking ada banyak dan luas namun mereka peniaga warung itu tidak suka dan inilah yg menyusahkan kita yg mencari parking untuk letak kenderaan...
peniaga ini seperti tamak haloba dan pengkhianat kerana sudah selesa dgn parking kenderaan mereka dan mereka juga ambil lot lot parking untuk berniaga bagi mencari wang untuk mereka sendiri...
inilah masalahnya jika penduduk tidak mengikut undang undang kecil di taman perumahan jenis flat.

Isnin, Mei 12, 2014

EL Nino

Berasa takut terjadi bila pakar menyatakan EL Nino akan melanda Asia bermula Jun 2014 selama 6 bulan, itu bererti tahun ini tidak ada banjir yg akan berlaku seperti mana tahun tahun sebelumnya ada kejadian banjir antara November hingga Mac setiap tahun, Kemarau adalah satu kejadian yg sangat menyusahkan di mana salah satu sumber utama kehidupan iaitu air sudah pasti tidak ada dan keadaan akan menjadi kering kontan, tanah bumi akan merekah, pokok pokok dan tanaman lain akan mati begitu juga haiwan dan manusia.